Wednesday 14 November 2012

Dia yang TERBAIK .

Hai dan selamat malam semua .
Rindunya dengan awok - awok sekalian . Hehe (ketawa tutup mulut)
Hmm , nampak tak tajuk dekat atas tu ? nampak kan ?
Yes , itulah yang aku nak cerita hari ni ~

tentang DIA ....

Errk , macam mana nak mula eah ?
hmm , " DIA DAH BAHAGIA "
Dia dah bahagia , dia dah bahagia ~
Huuh ~ Tahniahlah awak dengan dia  -_-
Tak sangka korang dah lama .
Selama nie , aku lepak , tidur dekat Jerai 1 .. Tak sangka aku kena tipu hidup2 .
Pandai korang berlakon kann ~
Boleh dapat anugerah pelakon terbaik APBH . Haiihh ~
Kau memang suka bagi aku harapan kann ?
Mungkin salah aku sebab kecewakan kau , tak terima " 21212 " kau tu ~
Tapi kau cakap kau nak tunggu aku , kaannn  ~
hissh , haisssh .. baran seyh ~
Beb , aku ingat lagi surat yang kau pernah tulis untuk aku .
Aku cerita dekat kau pasal AIDIL , pasal kebohongan AIDIL dekat aku .
Kau ingat kau balas apa ?
Kau cakap dekat aku kalau kau jadi AIDIL ,
 kau takkan pernah sakitkan hati aku , kau akan jaga hati aku baik2 .
Gembira tak terungkap seyh ~
Tapi , sekarang ...... tengoklah ~
Hati siapa yang kau tengah jaga ? Aku ke ?
Haha . Bukan , bukan aku :(
Tak sangka , air mata aku murah sangat mengalir waktu last day sekolah hari tu .
Air mata aku senang sangat mengalir untuk kau ~
Ahh , aku BRUTAL !!
Tapi , sebab kau .. aku tak cukup gagah lagi nak tahan air mata aku .
Aku harap itu yang terakhir untuk seorang LELAKI ~
Huuh ~ Aku takut aku tak dapat jumpa kau lagi tahun depan .
takut sangatt .
Aku takut sebab aku tak kuat untuk hilangkan perasaan sayang aku dekat kau .
Aku dah cakap , engkaulah orang terakhir yang aku sayaag dekat sekolah tu jadi ,
aku takut aku tak ada lagi tahun depan ...
Itu sama maknanya dengan aku harus melupakan kau ~
Eah , stupid ! AKU SAYANG KAU LAH , BONGOKK !
Huuh , maaflah . Tercarut ~
Kalau boleh waktu tu diberhentikan sekejap , nak je aku pause sekejap waktu hari last sekolah ~
Aku nak tenung kau lama2 , aku nak tengok apa yang kau mampu buat hari tu ~
Bro , kalaulah aku ni bukanlah seorang perempuan , seorang perempuan yang tak ada rasa malu ..
Nak aje aku datang jumpa kau .
Minta maaf dekat kau , borak2 dengan kau , ucapkan selamat tinggal pada kau :(
Nak sangatt ~
Haha , tapi nak buat macam mana ?
Aku malu , aku malu dengan kau .
Kau nak tahu tak , segala bagai surat yang kau bagi aku , ada lagi dalam simpanan aku .
Nun bertimbunn ~
Aku baca balik , aku tergelak sendiri .

KAU YANG TERBAIK PERNAH AKU JUMPA .

Hanya itu yang mampu aku ungkap ~
Fuuh , aku harap ni post terakhir aku tentang kau .
Ya , mungkin lepas ni kau dah tak wujud lagi dalam diari kehidupan aku atau mungkin orang lain yang menggantikan tempat kau .... mungkin ~
Aku harap kau bahagia dengan dia yang dah berjaya curi hati kau . 
Aku doakan kebahagian korang , aku doakan kebahagian kau dengan SHERIN .
Insyaallah , berkekalan ~
Aissh , rasa macam nak nangis pun ada .
Tapi takpe lah . Kalau itu yang terbaik untuk kau , itulah yang terbaik untuk aku juga :)
Mungkin kita memang tak ada jodoh .
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Dan aku percaya hikmah tu pasti akan datang tak kisahlah lambat atau cepat . Insyaallah :D
Aku bersyukur dengan perkenalan singkat kita dulu .
Aku belajar banyak daripada kau .
Terima kasih , terima kasih untuk segalanya ~


2(3)5(3)6(3) , 4(3)5(3)6(3)8(3)3(3)9(3)6(3)8(2) !

Friday 24 August 2012

WHY?

assalammualaikum semua..
hari ni baru balik dari kampung selepas beraya sakan seminggu nie..
fuhh,ada banyak 'gua' nak citer sama anda2 sekalian.
.tapi tangan saya yang PEMALAS nie amat susah untuk menterjemahkannya ke abjad2 sebegini..(cehh,ayat 'gua')
errrm..maaflah..sekarang nie aku tengah emo.
SEDIH teramat =(
fuhh,fuhh,fuhh dan fuhhhhhh~
apalah nasib aku nie~
tettttttttttttttttt...
SEBENTAR2..ada iklan!!!

SEBELUM ITU,SAYA MAHU MENGINGATKAN BAHAWA POST KALI INI BERSIFAT SEDIKIT JIWANG KARAT..IBU2 YANG HAMIL MAHUPUN SESIAPA YANG SENANG UNTUK LOYA DINASIHATKAN AGAR TIDAK MEMBACA POST INI.SEKIAN,HARAP MAKLUM!

-------> bersambungg..
Beb,soryy lah..aku ego selama ini.
aku sebenarnya...hmmm..
sebenarnya..
errmm..AKU SUKA DEKAT KAU!
tapi...huuuuhhhhh~
hurrmm..kau cakap kau nak tunggu aku sampai hati aku terbuka untuk kau..
tapi kenapa kau tak buat apa yang kau cakap tu?
why?
maaflah kalau aku terlalu jual mahal dengan kau..
hhmm. tapi..kau kenalah faham aku juga~
aku tolak *21212* kau tu sebab aku tak nak ada orang sakitkan hati aku lagi..
cukuplah apa yang pernah "DIA" buat dekat aku dulu..bohong aku dan segala bagai lah..
susah nak bebas daripada cengkaman dia,
aku nie bukannya kuat sangat~
tapi..OMP(oh.my.pleasure)!!!
aku berjaya!
aku dah bebas!
aku dah merdeka!
rasa lega lepas dah selesaikan semua..fuuh..RINGAN OTAK GUA!
dan.........
kau datang.
kalau tak dengan pujukan kawan2 aku,aku rasa surat kau yang first tu pun aku tak nak balas.
tapi tak tahulah..
kau buat aku kenal kau dekat sekolah tu.kau buat aku perasan kau bila kau selisih dengan aku.kau buat aku hargai kewujudan kau dekat sekolah tu.dan yang paling penting ....
KAU BUAT AKU PERCAYA YANG MASIH ADA LAGI LELAKI BAIK DEKAT DUNIA NIE~
tapi..aku still tak nak kata apa2 pada kau sebab aku fikir .
 tahun nie kita PMR kan??.
aku takut aku leka,aku takut kalau aku lalai..sebab seperti yang kau tahu..
aku bukannya kuat sangat~
aku kuatkan hati aku...cuba untuk tolak kau walau hati aku sebenarnya dah berbunga ros,matahari dan segala bagailah bila aku baca surat kau..
dengan harapan,kau tak letak harapan yang tinggi lagi pada aku dan kita boleh sekadar jadi kawan tapi mesra gitu..hehehe(pewwh,miang juga aku nie)
yes..apa yang aku harapkan BETULL!
aku hargai peluang tu..
tapi,sekejap je.
kau dah BERUBAH~
sampai sekarang ,aku still tak faham..
why?
tak fahamlah...tak tau macam mana nak faham lagi dahh..
huuuhhh~
kakak dorm aku cakap kau dah give up dengan aku..
"aku tak layan kau..aku jual mahal sangat"
betul ke statement tu?
fuuhh,bro..aku bukannya macam perempuan lain..
aku bukannya orang yang senang nak cakap..
dekat kau..
aku bukannya perempuan yang suka tunjukkan perasaan aku dekat lelaki..
selagi aku boleh simpan,aku simpan..INSYAALLAH~
tapi kau diam,membatukan diri je..kau tak nak betulkan keadaan..
kau DIAM,aku pun DIAM lah..
adil kan???
dan,aku nak tanya kau boleh tak?
lelaki nie memang tak boleh hidup tanpa perempuan ke?
beb,kalau kau dah suka dekat orang lain,cakaplah dekat aku..
aku tak kesah kau nak mintak couple dengan siapa2 pun..sebab aku faham tu memang hak kau..kitakan tak ada apa2 hubungan..tak perlu rasanya aku nak menyibuk pasal 'life' kau..
tapi kalau boleh..
janganlah mintak waktu aku still ada dekat sekolah tu..
aku SEDIH =(
tapi takpe,tahun depan kalau ada rezeki..
aku pergi merantau~
aku harap KAU dengan DIA eah?
itu je aku mintak..(tapi tak tahulah kalau2 waktu aku tulis post nie,korang dah selamat dijabkabulkan..hehehe)
hek eleh,aku nie..tulis2 gini..bukannya kau dapat tahu kan?
tapi tak pelah..
rasa PUAS..tu yang aku nak~
setiap kali bukak fb,mesti aku stalk wall  fb kau dulu..
dah kata SUKA,tak hairanlah..
kau tak tahu kann?(hahahaha,ketawa terpaksa)
kalau dulu,aku pernah cakap dengan aidil yang dialah orang terakhir yang aku panggil sayang dekat sekolah tu..
tapi aku tak pernah cakap yang dialah orang terakhir yang aku sayang ...
maafkan aku kalau kau jadi orang yang aku katakan tu..
AKU TAK SENGAJA.
maaf,maaf dan maaf~

mintak maaf atas segalanya..jaga diri kau baik2~





Wednesday 15 August 2012

alkisah TRIAL PMR.

hai,selamat malam,assalammualaikum,hello dan salam ramadan al-mubarak :)
agak rase macam dah satu dekad aku tak bukak blog nie.
dan lihatlah followers aku,fuuhh~
still seciutt..tu lah akibat bile tak blogwalking~
dan,oke...
hari nie hari rabu bersamaan dengan 15 Ogos,hari Rabu
dan merupakan puasa kita yang ke-27(err,betul ke?aku main agak je)
dan satu fakta yang korang perlu tahu ialah tadi aku baru selesai manghadapi

TRIAL PMR'12 .

pewwh,memang senang pun soalan dia..
aku pun tak faham kenapa soalan trial tahun nie tak selaras satu Malaysia..
kalau camtu,macam mane nak saring pelajar yang layak masuk ke MRSM..
bukan semua tu diaorang tengok result trial kita ke?
aduhh,alamatnye memang tak dapatlah..
sekolah buat soalan dah lah susah2..
apa sekolah ingat kitaorang nie genius sangat kaa?
huuuh~
yang lepas tu lepaslah..
ape2 pun yang keputusan yang keluar nanti,aku tawakal je.
Insyaalah,itu yang terbaik yang mampu aku buat :)
dan........FUYOOOOOOOOO!!!
aku tak sangka pulak angka giliran aku terkena dekat tempat duduk paling depan sekali dalam dewan tu..
phheewitt,memang sadis habes lah..
memanglah orang cakap,duduk depan senang,
tak payah tengok orang lain..kita fokus dekat kertas soalan tu je..
tapi korang nak tahu tak,
duduk depan tu lagi TERSEKSA tahu tak..
dengan cikgu yang asyik lalu-lalang depan aku dengan kasut tumit tingginya..
klepak,kelepek,kelepak,kelepek..
tu bukan lagi kira kes cikgu2 borak2 pasal kuih raya..
kalau akulah jenis pelajar yang tak menghormati guru,,cehhh~
nak aje aku cakap dengan cikgu2 nie macam nie :
"CIKGU,VOLUME SUARA CIKGU TU BOLEH KUAT SIKIT TAK?
KAMI TAK DENGAR LAH.. SUARA CIKGU TU MACAM TAK MENGGANGGU KAMI NAK JAWAB PERIKSA NIE JE.KAMI SERONOK MENDENGARNYA."

hahaha,hiperbola sungguh~
tapi kerana saya nie diciptakan sebagai seorang pelajar yang wajib untuk menghormati gurunya,
aku sabar ajelah ..
terima kasih,saya SAYANG ,cikgu!!!!muah3x..hehehe.
hmm,okelah..insyaalah,dalam seminggu nie,
saya ambik cuti belajar..
sekarang nie saya sedang lakukan pekerjaan full-time menghadap segala bagai gajet nie...waaahahaha~
nampaknya,cuti sekolah nie..
'lappy'ku temankulah..
fuuh~buku....
saya mintak maaf,saya kena berpisah dengan awak..
tapi jangan risau,sekejap je eah..nanti saya datang balik...
okelah,bubye..
terima kasih kerana sudi baca:)


good luck untuk semua PMR Candidates 2012!



Saturday 7 July 2012

ADA APA DENGAN LELAKI?choyyy~



 hai,semua!!!
selamat pagi~
da sebulan aku tak singgah blog nie..fuuh~
hari nie aku nak kongsi dengan korang tentang....
sinilah...aku nak bisik..
tentang..
CIRI2 LELAKI MENURUT PEMERHATIAN AKU#
pewhh,,macam kerek jew ..kau ingat kau tu vogue sangat ke nak buat entri camtu...(haa,nonsense)
tetttttttt.......
alaah,suka hati aku lah...kalau nak bace,silalahh..
kalau meluat..nmpk tak tanda pangkah warna merah kt atas tu?
haa,jangan segan2 lah nak mengklik yee dekat situ...hehehe.

oke..sori kalau entri aku nie bersifat terlebih syok sendiri..
fius otak aku masih belum berfungsi dengan baik gara2 nak memahami bab electricity and magnetism semalam..
jadi,mohon maaflah~

eheeem..da nak start nie...

1) lelaki malu tak bertempat apabila bab2 mengeluarkan perasaan. 
     .aku pun tak faham...kalau da suke tu..cakap je lah suke..kalau perempuan tu reject sekalipun,,takde maknanye lah die nak flying kick korang jauh2 smpai ke negara china sne tu...

2) lelaki suke mengarut benda yang bukan2 kepada perempuan#
    eahhh,,ingat perempuan nie murahan sangat ke sampai nak diajak cakap2 pasal benda2 tu...tak ade otak eah?memang ar korang rasa ayat tu biasa aje..tapi bile perempuan yang bace..boleh hilang respect die dekat korang tahu tak?so,ingat ini AMARAN!!

3) lelaki yang macho ialah lelaki yang tak pernah menyalahkan perempuan#
    walaupun itu sebenarnya salah perempuan tu sendiri..tapi dia asyik berkata bahawa itu ialah salahnya..lelaki inilah yang susah nak dicari..pheewittt`~~

4) jika ada perempuan lain yang nak meng'usha' dia,dia akan beritahu hal itu kepada kekasihnya#
    kalau perempuan dapat pakwe camni...fuyoo,jagalah die baik2..ini maknanya,dia cume nak korang je dekat hati dia...tapi,jangan pulak korang merajuk dengan die sebab beritahu bende alah tu kat korang..konon saja je lah nak buad korang rasa jealous lahhh..TAK,itu bukan niat sebenar mereka~

5) lelaki tak suka perempuan GEDIK #
   aku ulang lagi sekali...LELAKI TAK SUKA PEREMPUAN GEDIK. ada faham?itulah hakikatnya,beb~nak manje2 tu bleh lah..tapi tak payahlah sampai nak meliuk lentokkan badan korang 360 darjah depan die..eeyuuw,,aku yang tengok pun..naik geli~

6)  lelaki akan mendengar masalah perempuan walaupun hal tu sebenarnya remeh-temeh je#
   walaupun tentang hal budak perempuan batch korang gaduh dengan budak perempuan batch senior,,dan sudah terbukti masalah tu 100% tak ada kene mengena ngan lelaki..tapi lelaki akan excited dan back-up korang meskipun ntah2,,tu memang salah batch korang...

7) lelaki akan mencuba sedaya upaya untuk bertembung dengan kekasihnya dalam satu hari#
    korang akan perasan apabila waktu korang tengah belajar..pakwe korang akan sentiasa lalu sebelah kelas korang sambil menjeling korang..sampai kadang2 naik jemu asek tengok muka yang sama je..

8)  lelaki sebenarnya ialah kaum yang rajin#
   lelaki memang pemalas..tapi sebenarnya,,akan ada tiba2 angin taufan datang..sehingga membuatkan lelaki secara sukarela pegang penyapu dan suruh semua budak kelas keluar sebab die nak sapu kelas..ikut musim lah~~~

9) lelaki suka melayan mesej perempuan lain walaupun dia dah ada kekasih#
    cakap aje lah siapa2 yang hantar mesej..mesti dia balaslah..tak pun..apabila makwe si lelaki nie tak ade kedit atau da tertido...sibuklah tangan lelaki nak maen2 mesej ngan perempuan lain untuk mengisi masa lapang...beb,kalau makwe korang tahu,,kecik hati depa sumaaa~

10)  lelaki PRO bab2 simpan rahsia nie#
    kalau ada kes gaduh antara budak2 llaki dekat hostel..smpai lebam2 biji mate..compem,satu batch akan cakap yang.."oh,semalam die ngigau wrestling sampai tertumbuk diri sendiri"....lelaki akan sentiasa meng'cover' kesalahan kawan2 nya di hadapan mata perempuan...


da lah..banyak lagi sebenarnye..
tapi tangan aku dah penat dok menaip daripada tadi...
ciri2 nie semuanya yang aku observe..
sorilah kalau ada menyaketkan hati sesiapa yang maseh hidup mahupun telah mati...
sekadar hiburan..
harap sudi baca~
oke lah..aku nak sambung baca bku sains..
hari selasa nie,PK2..
daokanlah,yeee~
bubye...

oke,yang nie..kenalkan~boyfiee aku..waahahaha..sila jealous sekarang..





















Thursday 7 June 2012

walkman ku,nyawa ku





 hai.hai.hai.hai.hai..
baru balik dari kampung aku dekat batu pahat..
puhh,esok dah KENA balek hostel =)
terpaksalah berkejar-kejar nak balek..ohhmaii~
tapi sebelum pergi dekat kampung aku kat batu pahat urr,keluarga aku singgah sekejap dekat BP Mall..
beli KASUT RAYA~
pheewiittttttt...hahha..
dan aku rase kali nie lah sepanjang hidup aku,sesi pilih-memilih kasut raya urr tak sampai 45 minit pun..
kalau tahun2 yang dulu,fuhhhh~bukan maen..
kalau boleh satu mall tu nak explore..kalau tak jumpe..sanggup cari lagi dekat kedai kasut dekat luar kawasan BP Mall urr..
pehh,memang pencapaian yang terbaeekkkk lah, syla! huhu
entahlah,aku pun tak tahu kenape..
aku belek2 satu kasut..lepas tu..
"ma,okey tak ma?"
"okey,cantik Kak La kasut tu"
oke,aku pun on je lah..malas nak fikir2 lagi..
sebelum melangkah keluar dr mall tu..
aku sempat mengayat mak aku suruh belikan aku MP3..
dengan alasan..
aku boring tahap gaban kot dekat hostel..lagipun kalau nak stay up tengah2 malam tu nanti tak lah ngantuk sangat...kan,kan?
berkat kesungguhan dan kecekalan aku dalam membodek bonda tercintaku,akhirnya..
AKU DAPAT!!
fuyyoo,macam tak caye je..aku pun ajak mak aku masuk kedai jual bende2 tu,disebabkan malas nak explore lagi kedai laen dan kedai yang aku masuk tu pun tak jual banyak sangat pilihan..
aku pun pilih jelah yang ada..
and this,lihatlah..inilah yang aku pilih..tak canggih pon.
RM200 je..(200,tak 200 ..duit aku melayang jugak~)
aku pilih yang warne biru tu..
ingatkan dah ade lagu rupa-rupanya tak dak..aduuhh~
kene download sendiri..leceh!
naseb baek ade radio..jadi esok aku bawak pergi hostel..
dapat dengar radio je lah..hahaha
okelah..aku tak sempat arr nak membebel panjang2..
mak aku suruh tido.. 
esok kena bangun awal,packing barang2 nak blek hostel..
lepas nie,tak tahulah bile lagi aku boleh menjejakkan kaki ke rumah yang bagaikan syurga ini...(cehhh,ayat)
dan sudah tentulah aku tak boleh nak mengupdate blog nie..uwaaarghhhhh!!!
sudahlah,,mak aku dah sound lagi tu..
bubye=)
 

Sunday 3 June 2012

hidup si "STALKER"

hai,assalammualaikum semua=)
hari nie baru balik  dari kampung..lepaslah rindu sekejap dekat saudara-mara.
lepas nie,kalau nak jumpa lagi..kenalah tunggu sampai hari raya..ayoyo~
otak nie pun rasa macam dah nak dimasak cara macam iklan masterchef tu.
KUKUS,GRILL,PANGGANG
KUKUS,GRILL,PANGGANG
KUKUS~
adoii,,jadi budak pmr nie memang susah~
dan..bak kata cikgu disiplin aku,waktu tahun nie lah kita tak boleh nak bermain-main perasaan.
aku ulang lagi sekali...
"TAK BOLEH BERMAIN-MAIN DENGAN PERASAAN"
jadi,faham-fahamlah sendiri..
aku pun dah berjaya mengawal diri aku supaya tak terlebih miang sebok2 nak menggatal maen couple2 pulak tahun nie..
OH NO.BEB!
aku nak berubah,kalau boleh aku nak belajar baru aku fikir pasal benda2 alah macam nie..
budak BAEK kan aku nie,,(hidung aku kembang 2 inci yee sekarang)
tapi aku tak couple,tak semestinya aku tak ade crush kan?
ohh,yeahh..nie lah yang aku nak cerita nie..
aduhh,intro tak boleh panjang lagi kann~
nama die..
tak pelah,,bukannye korang kenal die pun kann?
hahaha..cuma aku nak cakap yang..
perasaan pelik tetiba sebab aku rindu dia..
padahal selama ni,tak teringin langsung nak tengok muka die..
anggap die macam tak wujud je..
tapi cuma satu je yang aku akan ingat bila terfikirkan die..
SENYUMAN ..
ohmaii,,*kau ade lesung pipit,baii..baru aku perasan#
dan macam aku nie bukan stalker terbaek dielahh..
setiap hari kot,aku check wall facebook die..
alaahaii.inilah namanya ANGAU~
tolong bagi candidates pmr yang lain,tolong jangan ikut perangai ini..
anda sepatutnya fokus terhadap pelajaran sahaja=)
tapi percayalah,rindu aku nie sementara je..
aku rasa bile naek cuti sek nie,dah pandang muka die tu..
aduhh,rasa macam nak kutuk2 die pun,dah tak fikir ape dahh~
hmm,,kesiannya kau=(
anyway..good luck pmr kau tahun nie.
kau nak masuk mrsm kan??
insyaalah,dapat~aku selalu doakan=)

p/s: aku ke kau yang tak dapat surat?grrr =,="







 







Wednesday 30 May 2012

seruan baju raya..,pheewitt~





 hello,selamat malam semua!
tahun nie nampaknyer aku jarang dapat balik rumah..
ye lah,budak pmr balik sebulan sekali jee,sob..sob..
tapi aku rase tak pe kot..kalau aku dekat rumah pun bukannyer aku belajar..
nie haa,seruan blog, facebook dan segala bagai tu memang mantoopp~
oh,,my homework~
nanti mama siapkan yee..baby2 semua jangan risau<3..bhaha.
jadi memandangkan aku jarang balik rumah,mak aku pun cakap..
"cuti 2 minggu nie mesti dah abes beli baju raya,kasut raya dan segala yang berkaitan dengan raya lah"
FUYYOO!!
lek lu maa,baru bulan 5 kot..hehe=)
dan tengah hari tadi,bermulalah pencarian mencari baju raya siri yang pertama..
mak cik aku pun ikut sekali sebab nak pilih baju tema untuk raya tahun nie gak..
dan seperti biasa,tempat yang selalu dituju ialah GULATIS dekat Parkson urr..
aduhh,dah 3 tahun aku beli kain dekat situ..boleh lahh tahan cantik2 kain die~
mane tak cantiknye..dengan harga2 die sekali cun2..pheewitt!
da nak juling aku tengok kain2 segala bagai yang berwarna-warni ni..
di situ ada..di sini ada..di mana2 ada~fuuhh.
tahun nie tema baju raya aku warna kelabu..NOT BAD LAH~
baju plain+kain stripe....cantik kot.
waahaaa~cun CUN cun CUN#
punyalah taksub sangat menilik2 kain dekat sana tu,tak sangke pulak dah pukul 3 petang ..
dan aku tercengang jugak bila mak aku tiba2 cakap dekat abang Bangla yang ensem tu macam gini..
"eah,dekat sini ade tempat solat tak?saya nak tumpang solat sekejap.."
ohhmaii,abang tu pun dekat pemurah dan tangan terbukanya terus tunjukkan kitorang tempat solat yang digunakan untuk pekerja2 dekat situ..
ambooi,,aku rasa keluarga aku yang first buad benda macam tu~dah lah dengan selamba badaknya guna telekung2 yang ada dekat situ..
entah siapa ownernya..aku pun main tibaiii je lahh..
"AKAK MANIS,SAYA PINJAM TELEKUNG AKAK SEKEJAP YEE..TERIMA KASIH.SAYANG AKAK!"
akhirnya pencarian mancari kain baju raya tu abes lebih kurang pukul 5 petang..
rase macam skru2 dekat kaki aku nie nak tercabut..
tapi ape2 pun,seronok lah gak~
okelah,sampai sini je~
terima kasih kerana sudi baca=)
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...