hai,semua!!!
selamat pagi~
da sebulan aku tak singgah blog nie..fuuh~
hari nie aku nak kongsi dengan korang tentang....
sinilah...aku nak bisik..
tentang..
CIRI2 LELAKI MENURUT PEMERHATIAN AKU#
pewhh,,macam kerek jew ..kau ingat kau tu vogue sangat ke nak buat entri camtu...(haa,nonsense)
tetttttttt.......
alaah,suka hati aku lah...kalau nak bace,silalahh..
kalau meluat..nmpk tak tanda pangkah warna merah kt atas tu?
haa,jangan segan2 lah nak mengklik yee dekat situ...hehehe.
oke..sori kalau entri aku nie bersifat terlebih syok sendiri..
fius otak aku masih belum berfungsi dengan baik gara2 nak memahami bab electricity and magnetism semalam..
jadi,mohon maaflah~
eheeem..da nak start nie...
1) lelaki malu tak bertempat apabila bab2 mengeluarkan perasaan.
.aku pun tak faham...kalau da suke tu..cakap je lah suke..kalau perempuan tu reject sekalipun,,takde maknanye lah die nak flying kick korang jauh2 smpai ke negara china sne tu...
2) lelaki suke mengarut benda yang bukan2 kepada perempuan#
eahhh,,ingat perempuan nie murahan sangat ke sampai nak diajak cakap2 pasal benda2 tu...tak ade otak eah?memang ar korang rasa ayat tu biasa aje..tapi bile perempuan yang bace..boleh hilang respect die dekat korang tahu tak?so,ingat ini AMARAN!!
3) lelaki yang macho ialah lelaki yang tak pernah menyalahkan perempuan#
walaupun itu sebenarnya salah perempuan tu sendiri..tapi dia asyik berkata bahawa itu ialah salahnya..lelaki inilah yang susah nak dicari..pheewittt`~~
4) jika ada perempuan lain yang nak meng'usha' dia,dia akan beritahu hal itu kepada kekasihnya#
kalau perempuan dapat pakwe camni...fuyoo,jagalah die baik2..ini maknanya,dia cume nak korang je dekat hati dia...tapi,jangan pulak korang merajuk dengan die sebab beritahu bende alah tu kat korang..konon saja je lah nak buad korang rasa jealous lahhh..TAK,itu bukan niat sebenar mereka~
5) lelaki tak suka perempuan GEDIK #
aku ulang lagi sekali...LELAKI TAK SUKA PEREMPUAN GEDIK. ada faham?itulah hakikatnya,beb~nak manje2 tu bleh lah..tapi tak payahlah sampai nak meliuk lentokkan badan korang 360 darjah depan die..eeyuuw,,aku yang tengok pun..naik geli~
6) lelaki akan mendengar masalah perempuan walaupun hal tu sebenarnya remeh-temeh je#
walaupun tentang hal budak perempuan batch korang gaduh dengan budak perempuan batch senior,,dan sudah terbukti masalah tu 100% tak ada kene mengena ngan lelaki..tapi lelaki akan excited dan back-up korang meskipun ntah2,,tu memang salah batch korang...
7) lelaki akan mencuba sedaya upaya untuk bertembung dengan kekasihnya dalam satu hari#
korang akan perasan apabila waktu korang tengah belajar..pakwe korang akan sentiasa lalu sebelah kelas korang sambil menjeling korang..sampai kadang2 naik jemu asek tengok muka yang sama je..
8) lelaki sebenarnya ialah kaum yang rajin#
lelaki memang pemalas..tapi sebenarnya,,akan ada tiba2 angin taufan datang..sehingga membuatkan lelaki secara sukarela pegang penyapu dan suruh semua budak kelas keluar sebab die nak sapu kelas..ikut musim lah~~~
9) lelaki suka melayan mesej perempuan lain walaupun dia dah ada kekasih#
cakap aje lah siapa2 yang hantar mesej..mesti dia balaslah..tak pun..apabila makwe si lelaki nie tak ade kedit atau da tertido...sibuklah tangan lelaki nak maen2 mesej ngan perempuan lain untuk mengisi masa lapang...beb,kalau makwe korang tahu,,kecik hati depa sumaaa~
10) lelaki PRO bab2 simpan rahsia nie#
kalau ada kes gaduh antara budak2 llaki dekat hostel..smpai lebam2 biji mate..compem,satu batch akan cakap yang.."oh,semalam die ngigau wrestling sampai tertumbuk diri sendiri"....lelaki akan sentiasa meng'cover' kesalahan kawan2 nya di hadapan mata perempuan...
da lah..banyak lagi sebenarnye..
tapi tangan aku dah penat dok menaip daripada tadi...
ciri2 nie semuanya yang aku observe..
sorilah kalau ada menyaketkan hati sesiapa yang maseh hidup mahupun telah mati...
sekadar hiburan..
harap sudi baca~
oke lah..aku nak sambung baca bku sains..
hari selasa nie,PK2..
daokanlah,yeee~
bubye...
![]() |
| oke,yang nie..kenalkan~boyfiee aku..waahahaha..sila jealous sekarang.. |


No comments:
Post a Comment